Tuesday, January 5, 2016

Peranan Al-Hadis Sebagai Sumber Rujukan

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
SESI JUN 2015
PENGAJIAN MALAYSIA

TAJUK : PERANAN AL-HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM 
PENSYARAH :PN:LIANA BINTI ABDUL SAMAT
JABATAN : KEJURUTERAN ELEKTRIK

NAMA PELAJAR
  1.   ISRAAFIZAT BIN ISMAIL                                                               02DEE15F1011
  2.  NOOR MOHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL KARIM                       02DEE15F1042
  3.  MUHAMMAD AZIZI BIN HAMID                                                    02DEE15F1070
  4.  SYED QOURAISY SYAMMAS BIN SYED MUSTAFFA                  02SEE15F1132
  5.  SUZAIMI BIN BUSRI                                                                        02DEE15F1091
PROGRAM : KEJURUTERAAN ELETRIK & ELEKTRONIK
KELAS : DEE2C





PENGENALAN

Sains,teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber intelektualdan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).






PENDAHULUAN


PENGERTIAN HADIS:

Hadis adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hokum dalam agama islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama islam selain Al-Quran, Ijmak dan Qias, dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hokum kedua setelah Al-Quran.
Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada 7 ulama, yakni Imam Bukhri, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa’i, dan Imam Ibnu Majah.




KEDUDUKAN HADIS DALAM AGAMA ISLAM:

A.    Kedudukan Hadis Dalam Hukum Islam.

Seluruh umat islam, telah sepakat bahawa hadis merupakan salah satu sumber ajaran islam. Ia mempati kedudukan kedua setelah Al-Quran. Keharusan mengikuti hadis bagi umat islam baik yang berupa perintah mahupun larangannya, sama halnya dengan kewajiban mengikut Al-Quran.
Hal ini kerana, Hadis merupakan mubayyin bagi Al-Quran, yang kerananya siapapun yang tidak bias memahami Al-Quran tanpa dengan memahami dan menguasai hadis. Begitupun halnya menggunakan hadis tanpa Al-Quran. Kerana Al-Quran merupakan dasar hukum pertama, yang didalamnya berisi garisan besar syariat. Dengan demikian, antara Hadis dengan Al-Quran memiliki kaitan erat, untuk mengimami dan mengamalkannya tidak boleh terpisah atau berjalan dengan sendiri.
 Al-Quran itu menjadi sumber hokum yang pertama dan Al-Hadis menjadi asas perundangan (setelah Al-Quran sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi bahawa Hadis adalah ‘sumber hukum syara’ setelah Al-Quran’.
 Al-Quran dan Hadis merupakan sumber utama ajaran islam dan merupakan rujukan umat islam dalam memahami syariat. Pada tahun 1958 salah seorang sarjana brat yang telah mengadakan penelitian dan penyelidikan secara ilmiah tentang Al-Quran menyatakan bahawa:’sumber-sumber ajaran Al-Quran begitu dinamis sehingga tidak ada didunia suatu kitab suci yang melebihi 12 abad lamanya, tetapi murni dalam teksnya’.

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ … (80)

“Barangsiapa yang mentaati Rosul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Alloh…”


B.    Fungsi Hadis Terhadap Al-Quran.
   
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa Al-Quran merupakan dasar syariat yang sangat global sekali, sehingga dapat melihat menggunakan dasar Al-Quran sahaja tanpa adanya penjelasan lebih lanjut maka akan banyak sekali masalah yang tidak akan selesai ataupun menimbulkan kebimbangan yang tidak kesudahan. Misalnya pada kenyataan priktikal solat dalam Al-Quran hanya tertulis perintah yang mendirikan solat, tanpa ada penjelasan beberapa kali solat dilaksanakan dalam sehari semalam, lebih-lebih lagi syarat rukun solat, dan sebagainya. Orang yang hanya berpegang pada Al-Quran sahaja tidak mungkin boleh mengerjakan solat, bagaimana Pratik solat, apa saha yang dilakukan dalam solat atau dijauhi ketika melakukan solat.
Maka, disinilah urgensitas hadis yang mempunyai peranan penting sebagai pentafsir dan penjelas dari ke globalan isi Al-Quran, sehingga manusia dapat mempelajari dan memahami islam secara utuh. Lebih spesifik lagi, setidaknya ada 2 fungsi yang menjadi peranan terhadap Al-Quran iaitu:
1.     Berfungsi menetapkan dan memperkuatkan hukum-hukum yang telah di tetapkan oleh Al-Quran. Maka dalam hal ini keduanya bersama-sama menjadi sumber hukum. Misalnya Allah didalam Al-Quran mengharamkan bersaksi palsu dalam firman-Nya Q.S Al Hajj ayat 30 yang ertinya ‘Dan Jauhilah Perkataan Dusta’. Kemudian Nabi dengan hadisnya menguatkan: ‘Perhatikan! Aku Akan Memberitahukan Kepada Kamu Sekalian Sebesar-besarnya Dosa Besar!’ sahut kami: ‘Baiklah, Wahai Rasulullah. ‘ Beliau meneruskan, sabdanya : ‘ (1) Musyrik Kepada Allah, (2) Menyakiti kedua Orang Tua. ‘Saat itu Rasulullah sedang bersandar, tiba-tiba duduk seraya bersabda lagi: ‘Awas! Berkata (Bersaksi) palsu dan seterusnya (Riwayat Bukhari-Muslim).
2.     Memberikan perincian dan penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang masih Mujmal, memberikan Taqyid (pensyaratan) ayat-ayat Al-Quran yang masih umum. Misalnya, perintah mengerjakan solat, membayar zakat dan menunaikan ibadah haji didalam Al-Quran tidak di jelaskan jumlah rakaat dan bagaimana cara-cara melaksanakan solat, tidak diperincikan nisab-nisab zakat dan jika tidak dipaparkan cara-cara melakukan ibadah haji. Tetapi semuanya telah ditafsir (diterangkan secar teperinci dan ditafsirkan sejelas-jelasnya oleh Al Hadis). Nash-nash Al-Quran menharamkan bangkai dan darah secara mutlak, dalam surah Al-Maidah ayat 3 ‘Diharamkan Bagi Mu (Memakan) bangkai, darah, daging khinzir. Dan seterusnya: ‘kemudian As-Sunnah mentaqyidkan kemutlakannya dan mentafsirkan keharamannya, beserta menjelaskan macam-macam bangkai dan darah, dengan bersabdanya: ‘Dihalalkan Bagi Kita Dua Jenis Bangkai Dan Dua Jenis Darah. Adapun Dua Jenis Bangkai iaitu Bangkai Ikan Air dan Bangkai Belalang, dan Dua Jenis Darah Ialah Hati dan Limpa’. Menetapkan hukum atau peraturan yang tidak didapati di dalam Al-Quran. Didalam hal ini,hukum atau peraturan itu hanyalah berasaskan Al Hadis semata-mata. Misalnya larangan berpoligami bagi seorng wanita dengan bibirnya, seperti disabdakan: ‘Tidak Boleh Seseorang Mengumpulkan (memadu) Seorang Wanita Dengan Ammah (Saudara Bapanya) Dan Seorang Wanita Khalal       ( Saudara Ibunya)’. (H.R.Bukhari-Muslim).
Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber syariat Islam secara mendalam dan lengkap tanpa kembali kepada kedua sumber tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis.


C.     Fungsi Hadis Dalam Menetapkan Masalah Yang Belum Dijelaskan Oleh Al-Quran.

Kedudukan hadis dalam menetapkan hukum baru yang tidakditetapkan oleh Al-Quran menunjukan bahawa Hadis merupakan sumber hukum Islam.
Kerana dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang memerintahkan kepada orang-orangberiman untuk taat secara mutlak kepada apayang diperintahkan dan dilarangkanRasulullah SAW,serta mengancam orang yang menyelisinya. Hukum merupakan produk hadis/sunnah yang tidak ditunjukan oleh Al-Quran. Seperti larangan Rasulullah tentang haram memakai sutra dan emas bagi laki-laki, larangan memadu perempuan dengan bibirnya dari pihak ibunya,haram memakan burung yang berkuku tajam,haram memakai cicin emas dan sebagainya, oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dijelaskan ‘jadilah hadis sebagai rujukan hukum yang tiada pernah habis-habisnya pada pembahasan fiqih’. Kedudukan Hadis sebagai sumber hukum Islam sesudah Al-Quran adalah sebab kedudukannya sebagai penguat dan penjelas, namun Hadis juga dalam menetapkan hukum berdiri sendiri, selah merupakan sumber hukum sebab kadang-kadang membawa hukum yang tidak disebutkan Al-Quran,seperti memberikan warisan kepada nenek perempuan (jaddah), dimana Nabi SAW, memberikan seperenam dari harta tinggalan orang yang meninggal (cucunya) dengan demikian fungsi Hadis adalah merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kebahagiaan dunia akhirat.


KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Dalam kurikulum Pendidikan Isla, Sains dan Teknologi sama pentingnya (fardhu kifayah) dilihat dari isi kandungan kewajaran dan kewajipan umat terhadanya, dibandingkan dengan ilmu-ilmu Al-Diniyyah yang disifatkan sebagai asasi (fardhu Ain-tiada tukaran ganti kepada individu itu jika tidak melaksanakannya menjadi tanggungjawab peribadi) seperti ‘ulum al-aqaa’id-ilmu Aqidah Islamiah, ‘ulum asy-syaraa’ik-ilmu akhlak Islamiahberserta dengan ‘ulum masaadir wa ummahaat al-kutub al-Islamiyyah-ilmu-ilmu mengenai sumber-sumber rujukan dasar Islam iaitu Al-Quran dab Al-Ahadith an-Nabawiyyah erta tafsiran-tafsiran dasar daripada agama Islam melalui peninggalan ulamak Islam terdahulu dan diiktiraf keseluruh dunia Islam hasil ulasan dan pandangan serta ijtihad mereka- muktabaratin asy-Syuyuukh didalam bidang-bidang tersendiri (kelebihan di bidang masing-masing).
Maka oleh kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah SWT, yang bersifat rasional dan saintifik, emperikal dan realistic, berkaitan dengan kecerdasan akal insan dan melibatkan pengkajian dan penyelidikan umat manusia, maka Al-Quran dan Al-Sunnah tidak memberikan fokus terperinci terhadapnya. Walau bagaimana pun ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar ilmu-ilmu tersebut di sana sini sama ada di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah al-Nabawiyyah. Perlu diingat disini, bahawa Islam tidak bersifat Autokratik dalam menentukan kebenaran sains dan teknologi umat. Malah Islam meletakkan beberapa dasar-dasar hukum khusus dan umum-general and specific principles oaf jurisprudence (Qawaa’id al-‘aam wa al-khaas) untuk memperolehinya dan melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan kepentingan pembangunan dan kemakmuran muka bumi seperti yang dikehendaki oleh Allah swt, pencipta agung alam raya ini. Contohnya didalam membangunkan teknologi nuclear, Islam tidak melarang manusia menyelidiki dan menguasai punca dan sumber tenaga dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan faedah-faedah teknologi untuk memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi serta kegunaannya di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah agar teknologi ini digunakan secara betul, berilmu serta dengan pengawasan teknologi tinggi agar tidak berlaku  kebocoran, kehancuran dan kebinasaan jumlah terhadap manusia dan alam swkitar (lihat surah ar-Ruum, 30), dimana  Allah SWT menggunakan istillah “Dzahara  al-fasad fi al-barri wa al-barri bima kasabat aydi an-Nass”- muncul kebinasaan jumlah di muka bumi dan di lautan disebabkan kerja tangan manusia, agar mereka merasai keperitannya supaya mereka kembali kepada Allah SWT- iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan meninggalkan ketamakan syahwat dan keutamaan kebendaan (materialistik) semata-mata. Cara mengekalkan kerosakkan itu uga berkait rapat dengan sains dan teknologi perlindungan dan kawalan sains, teknologi dan industri di kalangan umat Muslimin.
Umat Islam diwajibkan oleh Allah SWT untuk membangunkan aspek-aspek yang semulajadi mereka dan menggunakan potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan mereka. Unsur pembangunan material dan kerohanian adalah selaras dengan unsur kejadian manusia dual-nature iaitu jasad dan roh. Maka sasaran keilmuan mereka, Allah SWT telah anugerahkan dua fakulti yang maha hebat iaitu-rational cognative faculty , iaitu fakulti akal rasional (human intellect) dan fakulti akal intuisi jiwa insan (the psychological of human soul). Maka akal rational sangat peka kepada bahan-bahan kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan sangat peka kepada hati sanubari atau nurani yang menerima ilham dan kefahaman dari Allah SWT (nuuriLlah). Gabungan kedua-keduanya memberi sesuatu bentuk ilmu sepadu- integrated knowledge and sciences yang akan memberi kekuatan kepada manusia Muslim di dunia untuk memimpin umat manusia di dunia mahupun untuk keselamatan di akhirat.



Dalam Q.S AnNisa’ 59, Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembali kanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya)…”[9]

Dari beberapa ayat di atas dapat disimpulkan bahwa seseorang tidak cukup hanya berpedoman pada Al-Qur’an dalam melaksanakan ajaran Islam, tapi juga wajib berpedoman kepada Hadits Rasulullah Saw.

TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI

Perbezaan ketara antara Islam dan agama-agama lain, ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
Tradisi Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah SWT mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan Ilmu dan teknologi Maha Pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan dan faedah manusia.



PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Antara peranan yang dimainkanoleh sains dan teknologi serta penyelidikannya ialah:
Membantu Manusia Mengenal Pencipta
Sains dan TEknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik, ke dasar atau punca ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi al-Alim, al-Hakim dan al-Khabir. Tajik kajian (subject matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di alam nyata yang tersusun rapid an unik. Untuk memahami hakikat inilah, Allah SWT dengan perantaraan al-Quran, al-Karim, menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fenomena saintifik yang terdapat di alam nya ini. Menyingkap fenomenaini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah SWT sebagai seorang Islam-aslamna lillah Muslimin.




KESIMPULAN/RUMUSAN/PENUTUP

Dari berbagai uraian yang telah yang telah disampaikan pada bab sebelumnya dapat diambil kesimpulan sebagai beikut :
            Hadis merupakan berbagai hal yang telah diucapkan dan dicontohkan oleh Rasulullah yang harus dijadikan pedoman dan contoh bagi umat Islam.
Fungsi hadis terhadap Al-Quran adalah sebagai penguat dan memperjelaskan apa-apa yang ada di dalam Al-Quran yang masih bersifat global (mu’mal).
Hadis adalah merupakan sumber hukum dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Surat An-Nisa : 136
يأيهاالّذينءامنواءمنوابالله ورسوله والكتب الّذى نزل على رسوله والكتب الّذى انزل من قبل

Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Alllah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya.
Image result for science islamImage result for science islamImage result for science islam


RUJUKAN

*    Buku Rujukan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam
*    Buku Rujukan Apa Itu Undang-Undang Islam
*    Buku Rujukan Sejarah Tamadun Islam
*    Buku Rujukan Mari Mengenali Tamadun Hadis





LAMPIRAN